Jumaat, 26 Februari 2010

KEMALANGAN MAUT DI PAYA KEMUDI

Dungun:   Seorang penunggang motorsikal maut yang dalam perjalanan dari rumah di Kampung Padang Pulut menemui ajal berhadapan dengan kebun beliau di Kampaung Paya Kemudi dilanggar sebuah lori di kilometer kilometer 22 Jalan Dungu-Kuantan petang Khamis.
mangsa yang berhajat untuk menambah bilangan pokok kelapa wangi di kebun beliau tidak kesampaian pada petang tersebut apabila terlibat dengan kemalangan dihadapan kebun beliau pada petang itu.
Anak mangsa  , Mohd Zin Deraman, 45, berkata, mangsa sempat berbual dengannya pada tengah hari kejadian dengan mangatakan hajatnya untuk menanam pokok kelapa wangi yang dihantar oleh pejabat pertanian pada sebelah pagi kejadian.
Beliau tidak menyangka  itulah perbualan terakhir terakhir beliau dengan ayahnya, katanya  yang tinggal berjiran dengan rumah ayanhnya.
Menurutnya lagi, sehari sebelum kejadian ayahnya berbual-bual dengan jiran-jiran di bahagian belakang rumah dan menyebut-menyebut mengenai kematian namun tidak menyangka itulah petanda ayahnya itu akan meninggalkan mereka.
Pada petang itu ayahnya  seperti biasa turun ke kebun yang jaraknya tidak sampai 3 kilometer setelah selesai menunaikan solat asar dengan menaiki motorsikal dan tidak menanggalkan bakul pada motorsikalnya yang digunakan untuk mengisi rumput lembu peliharaannya kerana baru selesai memunggah rumpuh u yang disabit.

Pemandu lori terbabit yang tidak mengalami apa-apa kecederaan, Mohd Zukeri Bidin, 38, yang ditemui di perkarangan hospital Dungun petang Rabu lalu, berkata, beliau yang dari rumah di Kampung Tok Landok Ajil bersama anak lelaki beliau berumur 10 tahun dalam perjalanan ke Bandar Dungun untuk mengambil pekerja.
                Ketua Polis Daerah Dungun, Dahlan MOhd Noor, berkata, Mangsa yang memandu motorsikal dihadapan lori dipandu beliau dalam arah yang sama secara tiba-tiba membelok ke kanan menyebabkan pemandu lori berkenaan  hilang kawalan dan terlanggar motorsikal mangsa.
                   Deraman Daud, 84, meninggal ditempat kejadian dan mayat beliau dihantar ke Hospital Dungun sejurus selepas kejadian untuk bedah siasat meninggal disebabkan kecederaan di bahagian kepala dan dituntut keluarga pada jam 7.00 petang kejadian dan selamat dikebumikan pada jam 3.00 petang endsemalam  di tanah perkuburan Padang Pulut  end

caption
50196 mayat mangsa di tempat kejadian
50191 mayat mangsa di tempat kejadian
50262 deraman daud (mangsa)
50215 mayat mangsa di tempat kejadian
50227 mayat mangsa di tempat kejadian
50205 motorsikal yang ditunggangi mangsa
50306 (anak mangsa ) Mohd Zin Deraman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan