20,578 bebas kemiskinan tegar
BENTONG: Seramai 20,579 daripada 44,463 isi rumah miskin tegar dari seluruh negara yang berdaftar dengan sistem eKasih sehingga Disember 2008, berjaya dikeluarkan daripada kelompok berkenaan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini. Timbalan Ketua Setiausaha (DASAR), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur, berkata pihaknya yakin baki selebihnya dapat dikeluarkan daripada kelompok berkenaan menjelang akhir tahun ini dengan sokongan dan usaha berterusan setiap agensi di bawah kementerian.
Teman 1AZAM pula ialah mereka yang mengikuti empat AZAM ini dan selepas mengikuti program, mereka akan dipanggil teman 1AZAM, katanya pada sidang media, semalam.
Sebelum itu, beliau menyampaikan bantuan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah (NKRA LIH) dalam berbentuk kewangan, bakul nutrisi makanan, pakaian seragam dan kasut serta beg sekolah kepada golongan miskin tegar di sini.
Pada majlis itu, seramai 150 pelajar sekolah rendah dan menengah serta 150 orang miskin tegar dari sekitar Bentong menerima sumbangan berkenaan.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabai, Datuk M Devendran serta Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Bentong, Roslin Abdul Rahman.
Noorul Ainur berkata, sehingga Julai lalu, seramai 3,255 orang usahawan wanita berjaya dilahirkan oleh kementerian melalui NKRA yang sama.
Katanya, jumlah berkenaan sudah melepasi sasaran melahirkan 2,000 usahawan wanita menjelang akhir tahun ini.
Menerusi program NKRA ini, usahawan wanita akan dibantu untuk memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM3,500, katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan