Khamis, 26 Ogos 2010
JERANTUT: Penduduk Taman Seri Damak di Jalan Jerantut-Benta, di sini meminta pihak berkuasa menangani masalah lalu lintas di persimpangan masuk ke taman itu yang berbahaya kepada pengguna.
Mereka memohon Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah mengkaji risiko dan mengakhiri kebimbangan pengguna dengan memikirkan kaedah terbaik bagi memastikan mereka dapat memasuki persimpangan berkenaan dengan selamat.
Jumaat, 11 Jun 2010
Jambatan reput tunggu mangsa
2010/06/10
Laluan berusia 40 tahun hubung Pengkalan Chepa, Kota Bharu kini bagai perangkap maut
KOTA BHARU: Lebih 5,000 penduduk dari lima kampung di jajahan ini, menggesa kerajaan negeri membaiki segera jambatan kayu di Kampung Lapan Pari di sini, yang seolah-olah menjadi jambatan maut.
Jambatan berusia lebih 40 tahun itu kini menjadi laluan utama kepada penduduk terutama pelajar untuk ke sekolah di Pengkalan Chepa dan Kota Bharu. Lima kampung yang menjadikan jambatan itu sebagai laluan utama ialah Kampung Che Deris, Kampung Jaya Setia, Kampung Taman Buaya, Kampung Pantai Cahaya Bulan (PCB) dan Kampung Lapan Pari.
Tinjauan Berita Harian mendapati, jambatan kayu sepanjang kira-kira 20 meter dan lebar 1.5 meter itu, hanya boleh dilalui satu hala sehingga memaksa kenderaan dari sekitar Pengkalan Chepa untuk ke lima kampung itu terpaksa menunggu giliran bagi menggunakan jambatan itu.
Selain sempit, lantai jambatan itu juga perlu dibaik pulih kerana beberapa keping papannya sudah reput dan menunggu mangsa.
Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa, Sharifudin Yunos, 40 berkata setiap kali menggunakan jambatan itu, beliau bersama pengguna lain terdedah kepada bahaya terjatuh ke dalam sungai itu memandangkan lantai kayunya sudah reput.
Katanya, setiap kali musim tengkujuh, jambatan ini akan menjadi lebih bahaya kerana lantainya licin selain ciri keselamatannya tidak disediakan seperti pagar jambatan.
“Sebagai seorang pendidik, saya amat bimbang apabila melihat pelajar menggunakan jambatan ini kerana mereka terdedah kepada bahaya dan ada pelajar dan orang kampung jatuh ketiga melalui jambatan ini akibat motosikal mereka bergesel dengan kenderaan lain.
“Saya dibesarkan di Kampung Tanjung Baru 40 tahun lalu dan sudah sinonim dengan jambatan itu yang sering kali dibaik pulih selepas musim banjir, sudah bertahun ia menjadi kemudahan ramai, namun tidak pernah diusahakan oleh kerajaan negeri untuk menggantikannya dengan sebuah jambatan konkrit,” katanya.
Pesara, Mohd Noor Daud, 55, berkata, beliau sentiasa berulang alik untuk ke Pengkalan Chepa atau Kota Bharu menggunakan motosikal dan bimbang apabila berada di atas jambatan itu.
“Jambatan kayu ini sudah terlalu lama serta berbahaya kepada pengguna dan harus diganti dengan sebuah jambatan baru yang lebih kukuh,” katanya.
Beliau menggesa kerajaan negeri terutama wakil rakyat di kawasan ini supaya segera mengambil tindakan terhadap jambatan kayu ini sebelum berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini nanti terutamanya kepada pelajar yang selalu menggunakannya untuk ke sekolah.

Khamis, 3 Jun 2010
Gerai rentung
2010/06/03
Kebakaran awal pagi musnah impian peniaga Pasar Besar Tanah Merah TANAH MERAH: Lebih 30 peniaga Pasar Besar Tanah Merah di sini, kerugian besar selepas gerai masing-masing musnah akibat kebakaran, awal pagi semalam.
Selasa, 1 Jun 2010
Lagi rungutan di Felda- Kelapa Sawit berdaun emas
Gagal laksana amanah
2010/06/02
Peneroka dakwa ladang dipenuhi semak, belukar sejak diurus anak syarikat Felda KOTA TINGGI: Sejak mendapat hak milik tanah pada 2002, kira-kira 629 peneroka Felda Air Tawar 1 memberi kepercayaan penuh kepada anak syarikat Felda Bhd, Felda Technoplan Sdn Bhd menguruskan tanah mereka secara profesional supaya hasil tanaman meningkat sekali gus memakmurkan ekonomi mereka.
Mereka sanggup mengeluarkan modal dan melakukan kerja ladang secara individu dan terbukti pendapatan mereka boleh mencecah sehingga RM3,000 sebulan.
KIsah sedih yang amat mengguris perasaan
Merempat bawa RM1
Oleh Fazurawati Che Lah
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
TUMPAT: Nasib seorang remaja berusia 13 tahun boleh diibaratkan seperti anak terbuang apabila terpaksa hidup dalam kemiskinan dan berpindah-randah untuk menagih kasih sayang selepas ibu bapanya bercerai sejak sembilan tahun lalu.
Tidak cukup dengan itu, Mohd Aimron Abdul Rahman juga terpaksa menanggung malu apabila bapa berusia 30-an yang diharapkan untuk membelanya rupa-rupanya seorang kaki pecah rumah dan ibunya pula melarikan diri.
Rabu, 26 Mei 2010
Angkara pencuri kabel
2010/05/27
PENDUDUK menunjukkan kabel yang dicuri di longgokkan di tepi landasan.
Penduduk tidak dapat perkhidmatan, TM Kelantan kerugian RM27,000
DABONG: Angkara pencuri kabel, penduduk sekitar Slow Pak Abu, di sini terus kempunan menikmati kemudahan telefon dan internet apabila kabel yang baru dipasang Telekom Malaysia Bhd (TM) Kelantan sejak sebulan lalu, dicuri sekumpulan empat lelaki, termasuk seorang yang mati digesel kereta api, baru-baru ini.

Selain menyebabkan penduduk kampung terus kehampaan, TM Kelantan pula kerugian RM27,000 apabila kabel telekomunikasi sepanjang 300 meter itu rosak ekoran kecurian yang berlaku di kampung terbabit.
Pengurus Besar TM Kelantan, Rashid Che Othman, berkata pemeriksaan pihaknya mendapati kecurian membabitkan kabel telefon itu bersaiz 50 pasang (setiap pasang mengandungi 100 wayar kecil di dalamnya) masih dalam proses untuk diagihkan kepada penduduk yang berhasrat melanggan kemudahan itu.
“Kami mengalami kerugian dianggarkan kira-kira RM27,000 apabila kabel yang baru dipasang itu dicuri, sebelum sempat kemudahan perhubungan ini diagihkan kepada rumah penduduk sekitarnya.
“Kabel yang dijumpai berhampiran mayat mangsa yang mati digesel kereta api, sepanjang kira-kira 300 meter yang baru dipasang sebulan lalu,” katanya.
Rashid berkata, kecurian kabel dipercayai dilakukan antara jam 1 hingga 5 pagi sebelum kumpulan pencuri terbabit menyusun komponen itu atas landasan bagi memudahkan tembaga di dalamnya dikeluarkan sebelum dijual sebagai barangan lusuh.
"Sejurus menerima maklumat kejadian itu, petugas TM meninjau lokasi terbabit dan sudah membuat laporan polis berhubung kecurian yang berlaku.
"Ini adalah kes pertama tahun ini membabitkan seorang pencuri kabel TM mati ketika sedang memproses komponen yang dicuri mereka," katanya.
Beliau yang kesal dengan kejadian itu, tidak menafikan kes kecurian kabel TM semakin berleluasa di semua daerah seluruh negeri ini hingga menjejaskan pelanggannya terutama pengguna kemudahan internet Streamyx.
"Berikutan itu, kita meminta penduduk kampung terus bekerjasama dengan menyalurkan maklumat mengenai kegiatan ini sama ada kepada TM atau polis di mana-mana balai berdekatan," katanya.
Dalam kejadian di Kilometer 40.5 laluan Bukit Abu-Manek Urai kira-kira jam 7 pagi kelmarin, seorang lelaki yang sedang leka menyusun kabel telefon atas landasan sebagai cara mudah mengeluarkan komponen tembaga di dalamnya, mati digesel kereta api.
Mangsa yang dipercayai tidak menyedari kehadiran kereta api yang dalam perjalanan dari Tumpat ke Gemas itu, digesel hingga tercampak kira-kira dua meter dari landasan dan mati akibat cedera parah di kepala serta patah kaki.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abd Rahman Jaafar, berkata beberapa longgokan kabel telekomunikasi turut ditemui di sekitar kawasan kejadian.
Seorang penduduk, Suhaimi Awang, 57, berkata sejurus kemalangan kelmarin, beliau menyedari bahawa kabel telekomunikasi yang dipasang di hadapan rumahnya sudah dipotong sebanyak enam tiang.
Katanya, beliau percaya pemotongan kabel tersebut berlaku antara pukul 1 hingga 5 pagi.
"Sebelum ini pun sudah banyak kes kecurian kabel berlaku di kampung ini sehingga merebak ke dalam kawasan estet berdekatan (Ladang Sungai Teku)," katanya.

Timur: Loji air kontang
2010/05/18
Dua pusat rawatan sudah lumpuh, 17 berdepan risiko samaKOTA BHARU: Dua loji rawatan air (LRA) milik syarikat utiliti, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di negeri ini sudah lumpuh, manakala 17 lagi berdepan risiko sama jika kemarau yang melanda negeri ini sejak Februari lalu berterusan sehingga menyebabkan sungai yang menjadi sumber bekalannya, semakin cetek.
Walaupun 17 LRA itu masih mampu beroperasi pada tahap 100 peratus pengeluaran, tetapi AKSB kini mengharapkan kerjasama semua pelanggannya berjimat dalam penggunaan air harian keluarga masing-masing.
Eksekutif Hal Ehwal Pelanggan AKSB, Hazwan Hassan, berkata operasi pengeluaran semua LRA yang bersumberkan sungai, kini bergantung kepada turun naik paras air yang berubah dari semasa ke semasa.
“Walaupun tiada hujan dalam tempoh terdekat ini, tetapi paras air Sungai Kelantan sentiasa berlaku pasang surut pada masa-masa tertentu, kerana tahap kecetekan air sebelum ini sehingga 40 peratus kini sudah pulih.
“Bagaimanapun, AKSB menasihatkan 182,419 pengguna di negeri ini dapat menjimatkan penggunaan bekalan air harian dengan hanya mengutamakan keperluan asas saja seperti minum, mandi dan membasuh, selain mengelak mencuci kereta atau menyiram pokok,” katanya.
Hazwan berkata, AKSB juga berusaha mengelak gangguan bekalan air walaupun dalam keadaan yang kritikal akibat kemarau dengan melakukan catuan bekalan menggunakan lori ke kawasan yang bermasalah.
Mengulas kebimbangan kenaikan mendadak bil air walaupun masa sama pengguna tidak menerima bekalan air, beliau berkata, pengguna yang berdepan masalah itu diminta tampil membuat laporan di mana-mana pejabat AKSB berdekatan untuk penyelesaian.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Wan Mohd Sulaiman Wan Ismail ketika dihubungi, mengakui paras air Sungai Kelantan kini semakin cetek berbanding musim kemarau yang pernah dialami sebelum ini.
“Berdasarkan keadaan semasa, jika tiada hujan dalam tempoh beberapa hari ini, mungkin paras sungai akan cetek ke tahap kritikal.
“Saya berharap semua pengguna tidak panik dengan keadaan itu, sebaliknya bersabar dan berdoa semoga hujan turun dalam tempoh terdekat ini demi kebaikan semua,” katanya.
Jumaat, 26 Februari 2010
KEMALANGAN MAUT DI PAYA KEMUDI
Dungun: Seorang penunggang motorsikal maut yang dalam perjalanan dari rumah di Kampung Padang Pulut menemui ajal berhadapan dengan kebun beliau di Kampaung Paya Kemudi dilanggar sebuah lori di kilometer kilometer 22 Jalan Dungu-Kuantan petang Khamis.
mangsa yang berhajat untuk menambah bilangan pokok kelapa wangi di kebun beliau tidak kesampaian pada petang tersebut apabila terlibat dengan kemalangan dihadapan kebun beliau pada petang itu.
Anak mangsa , Mohd Zin Deraman, 45, berkata, mangsa sempat berbual dengannya pada tengah hari kejadian dengan mangatakan hajatnya untuk menanam pokok kelapa wangi yang dihantar oleh pejabat pertanian pada sebelah pagi kejadian.
Beliau tidak menyangka itulah perbualan terakhir terakhir beliau dengan ayahnya, katanya yang tinggal berjiran dengan rumah ayanhnya.
Menurutnya lagi, sehari sebelum kejadian ayahnya berbual-bual dengan jiran-jiran di bahagian belakang rumah dan menyebut-menyebut mengenai kematian namun tidak menyangka itulah petanda ayahnya itu akan meninggalkan mereka.
Pada petang itu ayahnya seperti biasa turun ke kebun yang jaraknya tidak sampai 3 kilometer setelah selesai menunaikan solat asar dengan menaiki motorsikal dan tidak menanggalkan bakul pada motorsikalnya yang digunakan untuk mengisi rumput lembu peliharaannya kerana baru selesai memunggah rumpuh u yang disabit.
Pemandu lori terbabit yang tidak mengalami apa-apa kecederaan, Mohd Zukeri Bidin, 38, yang ditemui di perkarangan hospital Dungun petang Rabu lalu, berkata, beliau yang dari rumah di Kampung Tok Landok Ajil bersama anak lelaki beliau berumur 10 tahun dalam perjalanan ke Bandar Dungun untuk mengambil pekerja.
Ketua Polis Daerah Dungun, Dahlan MOhd Noor, berkata, Mangsa yang memandu motorsikal dihadapan lori dipandu beliau dalam arah yang sama secara tiba-tiba membelok ke kanan menyebabkan pemandu lori berkenaan hilang kawalan dan terlanggar motorsikal mangsa.
Deraman Daud, 84, meninggal ditempat kejadian dan mayat beliau dihantar ke Hospital Dungun sejurus selepas kejadian untuk bedah siasat meninggal disebabkan kecederaan di bahagian kepala dan dituntut keluarga pada jam 7.00 petang kejadian dan selamat dikebumikan pada jam 3.00 petang endsemalam di tanah perkuburan Padang Pulut end
caption
50196 mayat mangsa di tempat kejadian
50191 mayat mangsa di tempat kejadian
50262 deraman daud (mangsa)
50215 mayat mangsa di tempat kejadian
50227 mayat mangsa di tempat kejadian
50205 motorsikal yang ditunggangi mangsa
50306 (anak mangsa ) Mohd Zin Deraman
Ahad, 21 Februari 2010
Penubuhan Kelab Pemotoran Parlimen Dungun
Bukit Besi: Menyedari kepentingan menangani gejala rempit yang kini menjadi ancaman besar kepada masyarakat, mendidik generasi muda mendekati masyarakat dan memperkukuhkan hubungan antara pemimpin dan belia, sebanyak 30 juta diperuntukkan kerajaan negeri pada tahun 2010 utuk program belia, manakala 5 juta lagi diperuntukkan untuk kempen menangani samseng jalanan.
Ahli Parlimen Dungun, berkata Penubuhan Kelab Pemotoran Parlimen Dungun yng berjaya menarik ahli seramai 1020 ahli dari empat Dun di daerah Dungunbukan hanya berobjektif untuk membentuk belia memandu secara berhemah sahaja, namun juga untuk diperkukuhkan hubungan golongan belia dengan masyarakat melalui aktiviti yang akan dianjurkan kelab dari semasa ke semasa.
“Kita akan memastikan penubuhan kelab ini memberi manfaat yang besar kepada ahli-ahli yang terdiri daripada golongan belia dari empat dun di daerah ini.
“Salah satu program yang dirancang, kita akan mengadakan aktivit “belia turun padang” yang membolehkan glongan beliaturut sama menyalurkan bakti kepada masyarakat dan secara tiak langsung dapat mengelakkan mereka terlibat di dalam aktiviti yang tidak bermoral, merempit dan sebagainya.
Pengerusi Pertubuhan Belia Kg. Pasir Raja, Rosda Ramli, 35, berbangga dengan pelancaran kelab pemotoran ini yang diadakan di Bukit Besi yang turut menarik pendaftaran ahli seramai 320 orang dar Dun Bukit Besi sahaja..
“Apa yang lebih penting, sikap buruk pemandu motor yang terlibat di dalam gejala rempit dengan menunggang motosikal secara merbahaya dan turut mengancam keselamatan orang lain diharap dapat diubah apabila didedahkan dengan kempen kesedaran pemanduan yang akan dijalankan kelab ini dari semasa ke semasa.
Beliau turut berharap, pihak pengurusan kelab memperbanyakkan program-program kesedaran pemanduan berhemah bagi mengurangkan bilangan belia yang teribat di dalam gejala rempit.
“Kurangnya program-program yang melibatkan para belia menjadi salah satu sebab berlakunya gejala rempit,” katanya.
Pekerja swasta dari Paka, Mohd Alimi Hakim, 19, berkata beliau besama-sama rakan tertarik menyertai ahli kelab pemotoran ini untuk meluaskan lagi pergaulan dan juga kenalan selain dapat bertukar-tukar pendapat dan pengetahuan sesama ahli kelab.
Majlis anjuran Pergerakan Pemuda UMNO negeri Terengganu yang turut dihadiri Adun Bukit Besi, ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri, Ketua Pegawai daerah dungun itu dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato’ Rosli Mat Hassan yang mewakili Menteri Besar, yang juga turut sama mengepalai konvoi pagi semalam.
Langgan:
Catatan (Atom)